
Memandangkan sekarang ni aku tengah puasa sunat kan, so better aku nak berkongsi la cket sedikit ilmu mengenai puasa sunat ni, dah orang lain tgah p rehat, aku lak duk merapu kat pc ni.. hehehe... Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan kerana semata-mata untuk mengharapkan akan keampunan, keredhaan, balasan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Puasa sunat boleh dikerjakan pada bila-bila masa yang diingini jika seseorang itu merasa ia berkemampuan untuk melaksanakannya kecuali pada hari-hari yang telah diharamkan dan pada hari-hari yang makruh berpuasa.
Jenis-jenis Puasa Sunat
- Puasa sunat di bulan Syawal. Puasa dalam bulan ini tidak semestinya berturut-turut iaitu selepas hari raya pertama, ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa asalkan masih dalam bulan Syawal.
- Puasa sunat di bulan Zulhijjah bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah 8 haribulan.
- Puasa sunat pada tanggal 9 Zulhijjah ( hari Arafah ).
- Puasa sunat Muharram bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah pada 9 haribulan (sunat Tausa’ ).
- Puasa sunat pada tanggal 10 Muharram ( sunat ‘Asyura ).
- Puasa sunat di bulan Rejab ( keseluruhan bulan Rejab ).
- Puasa sunat di bulan Syaaban ( keseluruhan bulan Syaaban kecuali pada hari syak ).
- Puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
- Puasa sunat 3 hari pada tiap-tiap bulan Hijrah ( Islam ).
- Puasa sunat pada setiap tanggal 13, 14, dan 15 haribulan pada setiap bulan-bulan Hijrah ( Islam ).
- Puasa sunat secara berselang-seli hari seperti semalam ia berpuasa dan hari ini ia berbuka dan pada esok harinya ia berpuasa semula.
- Menyegerakan waktu berbuka.
- Berbuka dengan buah kurma atau air susu atau sesuatu yang manis.
- Melewatkan waktu makan sahur.
- Menjauhi perbuatan yang tercela dan perkataan yang sia-sia seperti berdusta, bergaduh, mengumpat, membuat fitnah dan memperkatakan keaiban orang lain.
- Mengerjakan solat terawikh secara berjemaah pada waktu malamnya ( Ramadan )
- Bertadarus ( membaca Al-Quran ) pada tiap-tiap malam Ramadan.
- Membanyakkan berdoa, berzikir, berselawat dan beristighfar di waktu malamnya.
- Ber’iktikaf di masjid terutama pada malam, malam 10 yang akhir Ramadan.
- Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
- Menyediakan makanan untuk orang-orang yang hendak berbuka puasa.
- Mengawal diri daripada mengikut perasaan dan hawa nafsu.
so nasihat aku kat kengkorang sumer, banyak hikmahnya kalu kita berpuasa ni... tak percaya??? bace ni...
- Berpuasa dapat melatihkan diri untuk menjadi seorang yang dekat dengan Allah.
- Berpuasa dapat menahan diri dari mengikut keinginan hawa nafsu keduniaan.
- Berpuasa dapat menginsafkan diri sendiri dalam mengenangkan bahawa kita ini adalah hamba Allah yang lemah.
- Berpuasa adalah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah yang telah memberikan segal nikmat dan rezekiNya kepada kita.
- Berpuasa dapat mendidik diri jiwa untuk mentaati segala suruhan Allah serta suruhan yang lain-lainnya.
- Berpuasa dapat menyucikan diri dan dapat meninggikan tahp keikhlasan hati.
- Berpuasa dapat melatih diri supaya bersifat sabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dari Allah terhadap kita.
- Berpuasa dapat melatih dir agar menjadi seorang yang amanah.
- Berpuasa dapat memelihara diri dari terjatuh ke dalam lembah maksiat dan dosa.
- Berpuasa dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong menolong terhadap sesama insan terutama kepada fakir miskin, anak yatim, orang yang melarat dan sebagainya.
- Berpuasa dapat menyihatkan badan dan melatih diri untuk hidup lebih berdisiplin.
- Berpuasa dapat menguatkan keimanan kita terhadap Allah s.w.t.
- Berpuasa dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan akan keredaan Allah maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
- Berpuasa dapat menimbulkan perasaan indaf dan belas kasihan orang-orang kaya terhadap golongan miskin yang sentiasa hidup menderita kelaparan dan dahaga.
ha.. my last advice, rajin2 la berpuasa sunat yer... ala, tak susah pun... wat macam besa la.. hehehe.. pose sunat ni jugak kan, dapat save duit kengkorang... huhuhu... ok.. selamat berpuasa sunat kalu anda berminat la... hehehe...

0 comments:
Post a Comment