Thursday, November 13, 2008

Ceramah

Hari ini, suasana bekerja seperti biasa... cuma perasaan tu agk kureng, tak per... mood kerja tu tak de lagi coz smlam penat kot, p tgk wayang citer.... heeee...


berapa bintang nak bagi ni??? urm..3.5 bintang je dah la..

citer tu aku rase kalu setakat aksi dier, ok la.. not bad.... tp aku tak berapa paham sangat jalan cerita tu, macam tak nampak ape kesudahan cerita tu, seolah-olah tak sampai kat penonton... (aiceh, dah macam pengkritik hebat la plak bunyik..) huhu...

Ari ni, seperti biasa kakitangan kerajaan di galakkan memakai pakaian berunsurkan batik... aku pun pakai la batik hijau ni, ari ni plak suasana kat ofis sejuk giler.... dah macam dalam peti ais la plak.. lagi2 aku ni, puasa sunat, so lagi la tak dapat rasa 'kehangatan' perut ni, terpaksa bertahan tgk orang lain syok jer minum air panas.. huhu... sabar.....

Seperti biasa, aku melayan internet, tgk je mane-mane yang menarik minat aku, aku ade dapat email dari SAHABAT rupa2nya, ternyata dia mmg membaca post yang aku tulis semalam... tak per la.. aku bukan patah hati, cuma nak membaiki emosi ni kena ambik masa la cket kot...( bukan emosional, tp mungkin dalam keadaan terkejut...) lupekan hal semalam, hari ini perjuangan perlu diteruskan...

Ari ni aku kena wat kerja pasal LKKB (laporan kemajuan kerja bulanan) seperti yang diarahkan oleh Miss 'Amirah... (my boss).. aku pun wat jer la.. sambil2 tu, aku kena tolong bahagian ni nak wat carta organisasi, nak bg lawa la kiranya sempena Hari Q ni... maklum la, minggu depan orang nk datang cek... so kena la bersemangat siket walaupun bahagian ni still baru lagi...

Dalam pukul 12.30, aku kena jadi AJK makanan sempena Majlis Bacaan Yasin & Tahlil bagi meraikan Jemaah Haji kat JP.. Majlis ni dibuat kat surau c7... Mase aku sampai kat saner, orang dah start bace Surah Yasin.. aku tak p la join, just tunggu mase untuk solat Zohor berjemaah je la... lepas habis bace Yasin, ade bacaan tahlil, kemudian diikuti oleh tazkirah mengenai Haji disampaikan oleh Ustaz Ab. Rahman Awang Soh... best tazkirah die, menceritakan pengalaman beliau mase kat Baitullah.... ade jgk sedikit sebanyak menyentuh perasaan bila beliau menyebut lambain kaabah...


InsyaAllah, 1 hari nanti, aku akan sampai jugak kat Rumah Allah ni...

Majlis diakhiri dengan solat Zohor dan Solat Hajat secara berjemaah yang diimamkan oleh ustaz tadi jugak... lepas solat tu, aku bergegas ke bahagian belakang surau, nak standby bagi makanan kat jemaah.. tp sedih la coz tak ramai pun jemaah yang datang ke majlis tu, so makanan memang banyak lebih... tak per la.. aku ngan pegawai2 aku ambik mane yang larat untuk diagih2kan kat staf2 aku kat ofis tu... aku pun dapat la jgk 2 bungkus.. heeee.. untuk dibuat berbuka puasa nanti.... alhamdulillah...

Niat dihati nak buat simpanan kat Tabung Haji untuk menunaikan ibadat ini kelak... insyaAllah...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berikanlah kemudahan kepada hambaMu ini untuk melakukan ibadah terhadapMu, permudahkanlah segala amalan ibadahku, perkenankanlah niatku untuk aku singgah ke RumahMu kelak bersama dengan ahli keluargaku yang lain....." Amin...

1 comments:

lupekanje said...

InsyaAllah, sampai ke Rumah Allah...

Wah, adik akak nih dah aktif nolis blog yah...dah pandai mencari idea...ok..teruskan, biar isi blog yg boleh dimanafaatkan besama pada sesiapa yang membaca. Biar isi ada mesej yg blh disampaikan kepada manusia di seluruh pelusuk donia...atau isi yg menghiburkan di samping ada mesej tersembunyi..
Chai yokk...