Sunday, April 26, 2009

Renungan bersama...



Banyak makna yang tersirat di sebalik pernyataan di atas...

Ape aku mampu buat, aku pasrah atas apa jua yang terjadi pada diriku, samada baik ataupun buruk, aku tau Allah sentiasa bersama aku.. Maafkan diriku kerana telah jauh melencong selama ini, akan ku kembali ke pangkal jalan kelak...

Ya Allah, Engkau berikan lah kekuatan kepada hambaMu ini dalam menghadapi liku-liku kehidupan, aku tahu apa jua yang terjadi, ada hikmah di sebaliknya dan aku jua tahu, Engkau ingin menguji tahap kesabaran hambaMu ini di samping menguji keimaman diriku.. Engkau berikan lah petunjuk dan HidayahMu kepada diriku, kembalikanlah diriku kepada diriku yang sebenarnya.. Sesungguhnya aku telah banyak melakukan kesilapan kepadaMu.... Engkau berikan lah kekuatan kepadaku supaya aku menjadi semakin kuat dan tabah menghadapi segala ujian dariMu, sesungguhnya hanya kepadaMu lah tempat yang sebenar-benarnya umtuk aku mengadu... Amin...

1 comments:

lupekanje said...

merintih dan mengadulah terus pada Tuhan kerana Tuhan Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...
Mohon ketenangan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan....