Saturday, June 27, 2009

Makan malam



Semalam, buat pertama kalinya aku bekerja di sini, ingin merasa macam mane suasana majlis tersebut... So far, rasenyer macam best la jugak kot.. hehe... Pkl 7.30 p.m, aku bertolak dari umah, menggunakan khidmat kawan sebagai penumpang dier.. al maklum la, kita tak de kereta sendiri lagi.. huhu...

Dah sampai kat saner, kena g daftar dlu... Lepas tu, aku bergegas ke meja yang terlah di booking khas untuk aku, (Kenapa???)

Kerana aku ade buat persembahan koir kat saner.. hehe.. Dalam pkl, 8.15 Y. Bhg. Ketua Perangkawan serta VVIP masuk, kitorang yang sudah pun terpacak kat atas pentas koir tu setelah di beri signal oleh AJK protokol di situ, dan setelah di beri ucap utama oleh pengacara majlis, kami pun mula la menyanyikan lagu negaraku sebagai pembuka majlis....


Koir Jabatan

Dah nyanyi lagu tu, ade lagi 2 lagu kena nyanyi... Dah habis nyanyi, tepukan gemuruh la kami dapat.. Bangga la jugak sedikit sebanyak.. hehe...

Lepas tu, mula la acara yang membosankan, ucapan2 yang meleret2... bosan betula nak di dengarnya.. Kebetulan mase ucapan tu, ade sedikit masalah berlaku antara AJK dengan kumpulan koir,
(apa dia???)

Kumpulan koir tidak ada tempat duduk sebenarnya, yang kami duduk tu ialah meja urusetia... Ape lagi, bengang la kitorang, penat2 kena bayar, tapi itu pulak yang berlaku, ni semua gara2 AJK sambutan la punya pasai, mula2 invite 600 people, at last overload 40 people, jadi 640 orang, ape lagi, team2 yang tak berapa berkenaan pun kena la reject secara baik + kasar pun ade.. (Macam2 hal la AJK ni...)

Kebetulan aku sempat jugak snap pic menu yang disediakan, nak tau menua pe? Chinese style tu.. Waaa.. sadis bangat!!!


Menu tu.. Waaa

Bertekak dan bertekak dan terus bertekak, akhirnya ketua kitorang terpaksa akur dalam keadaan marah.. Terus meninggalkan majlis... Aku pulak dah jadi macam blur2 jer dengan perkelahian tu.. Last2 aku melarikan diri, pergi ke belakang pentas di mana geng2 ofismate aku ade kat sane, (jugak mangsa tak de tempat duduk), tapi diorang kena jadi AJK Hadiah tak rasmi kerana masalah AJK diorang jugak yang tak betul nak mengruskan masalah ni.. (Ksian....)

Aku berada di sana ok la jugak, at least ade jugak member kat ctu, boleh tgk pentas dari dekat lagi.. Mase tu, ucapan dah nak habis dah... Ade bagi adiah kat penerima anugerah perkhidmatan cemerlang tu.

Dah habis semua2 tu, baru la masuk turn Malam Perangaan pulak...Ade persembahan pulak lepas tu... So aku boleh la tgk persembahan dari dekat walaupun bukan dari depan.. Hehe...


Wakil dari HQ

Meriah jugak la, so far kalu diperhatikan, ade kecacatan kerana tak cukup ahli.. (ada ahli koir yang sepatutnya dalam tarian tu, tapi kerana masalah tadi, so tak de la kat atas pentas tu)


Persembahan boria dari JP Pulau Pinang


Dikir barat dari JP Kelantan

Ade lagi persembahan2 lain tapi tak sempat nak ambik gambar dek kerana seronok sangat melihat.. Hehe... Lepas dah habis tu, dalam pukul 12 lebih, kerana tak dapat nak makan benda tu, pegawai aku sorang tu ajak la makan kat mamak... Ape lagi, layan jer la.. Mase nak keluar ke parking tu, terjumpa staf aku kat ctu, die pun salah seorang penerima APC jugak.. PA bos aku.. huhu..


Tahniah kak.. hehe..

Tahun depan nak pergi lagi tak ni? Ntah la.. Kita tunggu dan lihat jer la...

0 comments: