Sunday, May 9, 2010

5th day + Mom's Day...

5th day at office...

blogger-emoticon.blogspot.com

Kerja kerja kerja kerja.. Haih!~

Ikhlas2!!! Jgan merungut...

Cuma........

Tgk FB, adus... makin ramai orang duk bg status pasal Ibu,

coz what? Today is Mother's Day!!

HEY!!! i'm not to excited nak celebrate tu..

Asal usul kisah di sebalik tu, tau ke?? Ade korang check tak??

blogger-emoticon.blogspot.com

Perlu ke nak celebrate pada hari ni je? Macam la hari laen tak leh nk celebrate..

Kasih sayang seorang ibu tak pernah putus... Sentiasa ada di hati setiap anak2..

Then, tetibe aku terpanggil untuk mengutuskan secebis kisah ku untuk di kongsi bersama...

....


Tika aku sibuk di kota... Tak pernah walalu sedetik aku melupakan kedua orang tuaku di halaman... Dan hari ini, di kala orang berehat bersama keluarga mahupun bersantai di rumah, aku terpaksa bertungkus lumus pergi ke pejabat, dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi, untuk melaksanakan apa yang di amanahkan kepadaku....


Tika ini jua, ramai kengkawan ku mula mengeluarkan status2 meraikan hari ibu yang penuh dengan syahdu ini, namun bagiku, aku tidak terlalu taksub untuk meraikan hari ini kerana kita sebagai umat Islam seharusnya mencari masa sumber dan asal usul sambutan hari tersebut. NAmun begitu semakin ramai mengeluarkan status2 ini, semakin aku tak dapat nak menumpukan kerja, kerana afikiranku mula melayang2 di halamanku buat seketika..


Teringat aku tika masih kecil2 dulu, di ajar mengaji, di hantar ke sekolah, ibu lah yang banyak memberi semangat kepadaku... Ibuku jua yang banyak memberi tunjuk ajar di rumah tika aku memerlukan pertolongan.. Ibu, kau telalu istimewa buatku, aku tidak dapat mencari insan semulia sepertimu ibu.. Kasih sayang dan pengorbananmu terhadap anak2 mu, kami tidak mampu untuk membalas segala apa jua yang telah engkau berikan kepada kami.. Ibu, percayalah... walau kita berada jauh mana sekalipun, anakmu ini tidak pernah walau sedetik untuk melupakan mu... tidak pernah!!


Apa pun, masing2 ade alasan tersendiri, ada niat tersendiri... Bagi aku, tak perlu menunggu hari ibu untuk melafazkan dan menyatakan yang kita sayang pada mereka, tetapi kita masih ade lagi 364 hari untuk menyatakan yang kita sayang kepada mereka....


Apa jua alasan teman2ku di sini, aku hormati segala pendapat kengkorang.. Dan di saat ini jua, bagi mereka yang masih ada lagi kedua orang tua, hargailah dan sayangilah mereka selagi berkesempatan.. Dan bagi mereka yang dah pun kehilangan salah seorang mahupan keduanya, kita sama2 sedekahkan doa dan Al Fatihah kepada mereka, kerana ingatlah.... tanpa mereka, kita pasti tiada di dunia ini...


Aku sebagai anak, mempunyai harapan dan hasrat yang besar dalam diri ini, niatku teringin sangat nak membawa kedua orang tuaku ke Tanah Haram.. Aku akan berusaha sedaya upayaku bagi memenuhi hasrat dan harapan kedua orang tuaku.. PASTI!!!



"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.Ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Engkau berilah kekuatan kepada hambaMu ini, Engkau berikanlah petunjuk dah HidayahMu kepadaku, agar apa yang aku impikan, akan terlaksana.. Ya Rabbi, Engkau peliharakanlah kedua orang tuaku di mana jua mereka berada.. Engkauperkenankanlah segala doa2ku, agar apa yang aku hasratkan, akan terlaksana.. Amin Ya Rabbal Alamin...."





Thanks a lot to my Mom, Puan Khatijah binti Mustaffa.. Semoga apa yang telah engkau berikan kepadaku selama hayatku, akan aku cuba untuk membalas sedaya mungkin... Terima kasih jua buat bapaku yang tak pernah2 kenal erti lelah dan penat untuk menyara kami sekeluarga...

blogger-emoticon.blogspot.com


Tanpa ku sedari, rupanya air mata kerinduan menemani di kala aku menaip semua ini.... Hurm......
blogger-emoticon.blogspot.com

0 comments: